CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 22, 2010

Di Dataran Cinta

DI DATARAN CINTA

Malam Semakin Kelam Ditambah Kesepian
Sukar Bagiku Untuk Menjemput Mimpi
Ke Mana Lenaku Pergi

ku Bicara SenDiri Agar Terhapus Sepi
Setelah Berkurun aku Menjemput Rindu
Haruskah ku Menunggu


Andai Langkah Mu Kini Terhenti
Berpalinglah Padaku Di Sini
Jernihkanlah Kekeruhan Dulu
ku Perlu Kasihmu

Ibarat Laut Yang Tidak Berombak
Pasti Pantai Akan Kesepian
Begitulah Hidupku Ini
Semenjak Kau Pergi

Terusik Hati ku Mengenang
Kenangan Di Dataran Cinta
Hingga Kini Masih ku Terasa
Hangatnya Sentuhanmu
KujaDikan Sejarah
Untuk Kita Kenangkan
Di Tika Sepi Di Tika Rindu


Thursday, August 6, 2009

19 Hadis Rasulullah mengenai WANITA +_+

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan
hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w.
t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah s. w. t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang
takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.
w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu
syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang
soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., "Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi
s. a. w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r. a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Wednesday, August 5, 2009

Bersalahkan AKU???

Bersalahkah aku?
andai aku bangun berdiri..
bilamana yang lainnya duduk..
tidak senang dengan tuturku..

Bersalahkah aku?
Menegakkan kebenaran..
mencari keAdilan..
merisik kebetulan..

Bersalahkah aku?
bila suara ku tinggikan..
nadanya sedikit keras..
dalam membenarkan tutur ikhlas..

Bersalahkah aku?
bila ku yakin akan tingkahku..
aku pasti akan tindakanku..
aku nekad dengan keputusanku..

Bersalahkah aku?
melukai hati yang dikasihi..
sedang niatku tiada yang negatif..

Bagaiman harus aku diadili?
salah atau benar?
patut atau tidak?
waras atau....................?

Semakin aku fikir..
semakin aku jauh..
semakin aku menyendiri..

Haruskah aku diam?
Duduk dan jadi pendengar..
Usah suarakan kebenaran..
Usah tegakkan keAdilan..
Usah lagi risik kebetulan..

Itu yang sebaik mungkin..?
Tapi..bersalahkah aku???

Sunday, August 2, 2009

UNTUKMU BAKAL IMAMKU

Untukmu Bakal 'Imam'ku yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini, dirimu masih rahsia Penciptamu..rahsia yang telah ditentukan untukku, yang perlu ku singkap dengan segunung taubat dan sepenuh kesungguhan sujudku, cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahsiaku ini....


Ketahuilah wahai mujahidku, Ketahuilah bahawa namamu tidak menjadi idamanku, apa lagi untuk menatap wajahmu, Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justeru diri ini amat bersyukur kerana masih tidak ditakdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita, ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita menempah siksaan Allah. Ya Tuhan kami.. lindungi kami...


Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah.Apalah ertinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...


Tiada yang lebih bahagia suamiku, melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar syahidmu ku damba, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahidah yang akan menyambung perjuangan Islam para Nabi terdahulu.


Berikanku sepenuhnya sebahagian hati yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad, Mungkin kau hairan suamiku, mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya. Suamiku, hatimu itu milik robbul jaleel, dan ku pohon sebahagian itu sebagai semangatku wahai suamiku. Dari awal lagi sudah ku didik hati ini, bahawa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku.. kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.


Wahai suamiku, diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid. Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, kerana yang kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid...


Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang psti bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhanya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a'la, bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...